Servis Yang Disediakan
Menyediakan perkhidmatan perancangan acara yang merangkumi pelbagai jenis seperti latihan dan seminar. Selain itu, sebagai satu komitmen kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR), kami menyediakan perkhidmatan yang membantu golongan yang memerlukan. Melalui program-program CSR kami, kami berusaha untuk membina komuniti yang lebih baik dan memberikan impak positif kepada masyarakat.”

1.Event Planner

2.CSR (Corporate Social Responsibility)
Perkembangan Dalam Perniagaan
Bertemakan “Power up Your Imagination” — Serlahkan kerja kebajikan anda melalui pengalaman yang lampau, sebagai pemimpin atau pengusaha kepada perniagaan yang kini telah berjaya, adalah menjadi satu kesedaran dan menyedari kepentingan memberi kembali kepada masyarakat yang meyokong kejayaan anda secara langsung atau tidak langsung.
Corporate Social Responsibility (CSR) juga merupakan salah satu matlamat utama dalam pembangunan global sekaligus membentuk para usahawan yang dermawan serta prihatin kepada masyarakat yang memerlukan.


Membantu mewujudkan tenaga kerja yang harmoni
Dengan melaksanakan CSR, perniagaan anda berpeluang menarik hati kakitangan syarikat anda untuk turut sama menyumbang bakti kepada masyarakat. Rasa terpanggil ini boleh mewujudkan keharmonian sesama pekerja dan sedikit sebanyak membantu syarikat mengekalkan kakitangan kerana mereka yakin dan percaya kepada pengurusan.
Perkembangan dalam perniagaan
Perniagaan boleh mendapat manfaat daripada potongan cukai dengan menderma kepada organisasi yang diiktiraf atau dengan membuat sumbangan kepada Corporate Social Responsibility (CSR). Selaras dengan Bajet Negara 2020 yang diumumkan, usaha ke arah penggunaan sumber digital yang cekap oleh perniagaan Malaysia juga menghasilkan potongan atau pengecualian cukai.

